Sunday, May 22, 2011

Sepatah dua kata

KURIKULUM





KSSR TAHUN 1

1. KELAS CEMPAKA
2. KELAS SEROJA


KSSR TAHUN 2

1. KELAS KENANGA


KBSR PENDIDIKAN KHAS
1. KELAS MELATI

Murid PPKI SK Kroh




MURID-MURID PPKI SK KROH

PPKI SK Kroh mempunyai seramai 29 orang murid (Jan 2013) dan dibahagikan kepada 4 buah kelas mengikut tahap masing-masing. Kelas-kelas tersebut ialah kelas Melati, Kenanga, Seroja dan Cempaka. Pada tahun ini, PPKI SK Kroh menerima lagi 3 orang murid baru. Selamat Datang diucapkan.


MELATI

1. AINI DALILAH BINTI RAFIEE
2. MOHD FARIS IZZUDIN
3. MEISI BT NOBI
4. NURSALWANI BT KHAIRUDDIN
5. NURUL HIDAYAH BT ROJALI
6. AHMAD AILAMI BIN JAMALUDDIN
7. MOHD AMIRUL SYAFIQ BIN ALIAS
    GURU KELAS: PN ZAILATUL AZIAN BT HAJI ZAINAL




KENANGA

1. NURSYAFIQAH BT ZULKIPLEY
2. MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B ALIAS
3. ABANI A/L LONG
4. AHMAD AKMAL B SOBRI
5. MOHD ALIFF HAIZAT BIN MOHD JALAL
6. ASWAN B MAT NOR
7. YUSUA DANIEL ANAK JAMBA
    GURU KELAS: EN AZUWAN BIN AMRAN




SEROJA

1. NUR ANIS ATHIRAH BT JAMALUDDIN
2. MOHD AMIR ASSYARAF B DAUD
3. MOHD HASBULLAH B ISMAIL
4. NORATIRAH BT AHAMAD YUSOFF
5. FATIN SYAHIRAH BT ISHAK
6. WONG PEI YEE
7. NUR ALISA BINTI AHMAD RAZALI
8. AHMAD AIMAN B AHMAD JAMIL
    GURU KELAS: EN MOHAMAD ILYAS BIN ABDUL RAZAK




CEMPAKA

1. DANIAL HAKIMI BT ZULKIFLI
2. WONG KAH YEE
3. ISMAIL BIN MD DAUD
4. ZULHANIZAM BIN AHMAD BAKRI
5. WAN NUR SYUHADA BT WAN MOHD NASARUDDIN
6. MOHD LUQMAN BIN MAZLAN
7. SITI HAWA BT ABDULLAH SANI
    GURU KELAS: EN FAZROL HAFIZ B OTHMAN



SELAMAT HARI GURU



Terima kasih!!

GURU & PPM





GURU-GURU PPKI SK KROH 2013



PUAN SUZANA BTE SAMSUDIN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS




EN BAJURI BIN JOHARI




PN ZURAINI BT BULIA




EN SHAHRUL BIN SALLEH UDIN



PUAN ZAILATUL AZIAN BT ZAINAL




EN MOHD FAIZ BIN ABU SAMAH



PN NOOR ASNIZA BT JASMI
                            


      EN FAZROL HAFIZ BIN OTHMAN




EN MOHAMAD ILYAS B ABDUL RAZAK



                   
EN AZUWAN B AMRAN




PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI SK KROH 2013 





PN RA'ILA BT NOKMAN




PN FLORENCE ANAK GEORGE




PN NOR AZURA BINTI ISMAIL




Falsafah Pendidikan Khas





FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS




Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan







VISI PENDIDIKAN KHAS




Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan






MISI PENDIDIKAN KHAS



Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara

 
 
 
 
 
 
 
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS



Diubah suai berdasarkan:

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) Bahagian II Para 4:

“ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.”

Dibuat 30 Disember 1997
[KP(PPU)S 10075/07/1/Jld.II;PN.(PU2)569]















Sepatah dua kata PKPK



SEPATAH DUA KATA PKPK....


Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran merupakan sebuah program yang dijalankan di sekolah bantuan kerajaan; bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Murid-murid ini adalah kanak-kanak yang mengalami beberapa kategori masalah pembelajaran yang telah menghalang mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran biasa di kelas aliran normal .

Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kroh adalah program ‘tunggal’ di daerah kecil Pengkalan Hulu. Program ini telah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang telah diubahsuai berdasarkan penjadualan waktu kelas yang fleksibel . Ini adalah berdasarkan keperluan–keperluan pelbagai kategori murid mengikut jenis permasalahan mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak pentadbiran, semua staf dan guru-guru aliran normal yang sentiasa memberi sokongan dan memahami tentang perjalanan program ini. Syabas diucapkan kepada guru-guru pendidikan khas dan semua Pembantu Pengurusan Murid yang telah berganding bahu dan berhempas pulas di dalam mendidik murid-murid pendidikan khas di dalam usaha menjadikan mereka anggota masyarakat yang berfungsi dan boleh berdikari .

Maklumat Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran ini menyediakan beberapa maklumat program bagi menjelaskan tentang program ini. Adalah diharapkan program ini akan menjadi satu pelaksanaan yang berjaya mencapai seperti mana terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Khas.

Puan Suzana bte Samsudin
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas integrasi (Bermasalah Pembelajaran)
SK Kroh
















SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KROH



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KROH




Tahun 1925
Sekolah Kebangsaan Kroh ini telah diasaskan pada tahun 1925 dengan nama Sekolah Melayu Kroh. Apabila system Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan, nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Umum Kroh dan seterusnya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Keruh hinggalah ke hari ini. Bangunan asalnya JKR Nombor 77, terletak di Jalan Tasek telah dibina oleh Jabatan Pelajaran Perak dan mula dibuka pada 3 Januari 1925. Bilangan murid yang mula belajar di sekolah ini adalah seramai 17 orang dan Guru Besar pertama ialah Encik Hamzah Bin Silah. Pembukaan sekolah ini adalah bagi menggantikan sekolah lama yang terletak di Jalan Simpang Pulai Kuak Luar, yang telah dipindahkan ke Kampung Kuak Luar. Sekolah di Jalan Simpang Pulai Kuak Luar itu adalah satu-satunya sekolah asal di daerah kecil Keruh pada waktu itu. Sekolah ini terletak di rumah dua tingkat kepunyaan Pak Lembut, di bahagian atas dijadikan sekolah manakala di bahagian bawah dijadikan kedai.Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Tuan Haji Sidek (orang Lenggong). Beberapa tahun setelah sekolah ini dipindahkan ke Kampung Kuak Luar, barulah didirikan sekolah di Pekan Keruh.


Tahun 1941

Semasa Perang Dunia Kedua, pengajian murid-murid di sekolah ini terganggu. Sekolah ini telah ditutup dari 13 Disember 1941 sehingga 6 Mac 1942, kerana huru-hara peperangan. Apabila sekolah ini dibuka semula semasa pendudukan Jepun, pelajaran bahasa Jepun diajar di sekolah ini. Tuan Syed Abdul Rahman bin Syed Yasin telah bertugas sebagai guru bahasa Jepun atau guru Nippon.


Sekitar tahun 50an

Menjelang tahun 50an, bilangan murid sekolah ini telah melebihi 100 orang dan bangunan asal ini tidak mencukupi lagi. Bagi menampung kekurangan tempat belajar, pihak Jawatankuasa Penasihat Sekolah ketika itu telah mendirikan bangunan sementara secara gotong royong oleh ibubapa murid-murid sementara menanti bangunan baru siap. Murid-murid telah menumpang belajar di Surau Masjid Iskandari Keruh

Tahun 1953

Pada tahun 1953, sebuah bangunan tambahan telah didirikan oleh Jabatan Pelajaran Perak bagi menempatkan Kelas Pertukangan Kayu. Bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan bilik darjah bila kelas pertukangan kayu ini ditutup pada tahun 1958.


Tahun 1956

Pada bulan Mac 1956, sebuah bangunan kerajaan JKR 243 telah dijadikan bilik darjah. Bangunan ini asalnya sebuah banglo kepunyaan Encik J.D Kemp, seorang saudagar lombong British yang telah diserahkan oleh Jabatan Pelajaran Perak bila beliau balik ke England.


Tahun 1973

Pada tahun 1973, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah bangunan mengandungi 6 bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah di sekolah ini. Upacara pembukaan rasmi bangunan ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammed ( Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4) yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia pada 25 Ogos 1975.


Tahun 1996

Sehingga tahun 1996, hampir 7000 orang murid telah masuk belajar di sekolah ini. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan seperti Melayu,Cina, India, Thai, Iban dan Asli. Sekolah ini juga menjadi pusat bagi menerima murid-murid ke darjah lima dan enam dari sekolah sekitarnya sehinggalah pada tahun 1980 apabila seluruh sekolah di daerah ini membuka kelas darjah lima dan enam.


Kini

Sehingga kini, lebih 500 orang murid sedang bersekolah di sekolah ini dengan tenaga pengajar seramai 50 orang guru. Kemajuan sekolah ini telah meningkat dari masa ke semasa. Prestasi pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah meningkat. Ramai juga di antara murid-murid sekolah ini telah berjaya dipilih ke sekolah menengah berasrama penuh.
































LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN KROH



PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH



Moto sekolah
Moto sekolah dalam tulisan jawi bertujuan untuk memartabatkan satu khazanah warisan Melayu agar menjadi satu budaya ilmu yang berpanjangan.

Dua bentuk hati
Murid-murid dan warga pendidikan bersatu hati dalam menyemai nilai-nilai murni selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai pandangan yang tinggi dan sahsiah yang memenuhi tuntutan agama.

Warna hitam dan putih
Kedaulatan dan kemakmuran negeri Perak yang perlu dihargai oleh murid-murid.

Warna merah
Keyakinan dan kecekalan murid dan warga pendidik untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan demi meletakkan matlamat SKK Nombor Satu dalam segala bidang.

Warna biru
Murid dapat menerima pendidikan secara menyeluruh dan optimum di samping menjalin perpaduan yang lebih akrab antara berbilang bangsa yang terdapat di sekolah ini.

Warna kuning
Murid bertekad untuk mengekalkan keunggulan dan keunikan sekolah

Buku
Buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan iltizam murid.

Bentuk huruf ‘ Q ‘
Murid dan semua warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan wawasan negara.





LAGU SEKOLAH


SEKOLAHKU YANG TERCINTA
BERSIH INDAH MEMPERSONA
POHON HIJAU DAN BERBUNGA
NYAMAN SEGAR TERASA

 
BERDOA KITA KEPADA TUHAN
POHONKAN RESTU TINGKATKAN IMAN
JADIKAN DIRI PENGGERAK WAWASAN
AMALAN MULIA MESTI DITUNAIKAN

 
DATANGKU BERSAMA HARAPAN
PULANGKU BERSAMA KEJAYAAN
PRESTASI CEMERLANG PUNCAK NAN IMPIAN
SKK NOMBOR SATU KITA BUKTIKAN













MATLAMAT, OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN

MATLAMAT



SETIAP GURU DALAM SEKOLAH INI PERLU KOMITED UNTUK MENDIDIK DAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SETIAP PELAJAR SUPAYA KEMAHIRAN, PENGETAHUAN DAN ILMU ITU PENTING BAGI SETIAP INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN MENTAL DAN SENTIASA PRIHATIN DALAM SETIAP AKTIVITI.



OBJEKTIF

Dalam keadaan selamat, bebas dan persekitaran yang membantu semua pelajar, kita akan:

i) Mempertingkatkan keupayaan kea rah kecemerlangan berterusan

ii) Mempertingkatkan keupayaan ke arah positif dan berkesan dalam perhubungan kemanusiaan

iii) Menghasilkan kepakaran dalam penulisan, matematik, sains dan fikiran yang kreatif dan

iv) Mencapai output pembelajaran berlandaskan pendidikan sejagat




PIAGAM PELANGGAN



Kami warga pendidikan SEKOLAH KEBANGSAAN KROH berikrar dengan penuh tekad akan member keutamaan dan komitmen kami untuk:

• Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah pendidikan Negara

• Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

• Memupuk kesedaran dan tanggungjawab serta semangat kekitaan terhadap agama, diri sendiri, sekolah, keluarga dan komuniti,

• Menyediakan prasarana pembelajaran yang efisyen

• Member layanan dengan kewibawaan

• Merealisasikan pendidikan penyayang

• Menyediakan maklumat cepat, tepat dan lengkap, dan

• Menjaga nama baik Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain
























VISI, MISI & MOTO SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KROH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2013


MISI SEKOLAH


MEMBERI PENDIDIKAN SECARA MENYELURUH DENGAN USAHA-USAHA YANG BERTERUSAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MOTO SEKOLAH

DATANGKU BERSAMA HARAPAN
PULANGKU BERSAMA KEJAYAAN

Murid-murid yang datang ke sekolah tidak mempunyai kemahiran pengalaman dan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Justeru, sekolah ini khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya bertanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak serta menyemai nilai-nilai murni sewaktu mereka berada di sekolah, disamping memperkembangkan kreativiti murid agar dapat meneroka dan mengamal semua input yang diperolehi supaya menjadi output yang mampu dipraktikkan.

Diharapkan sekolah ini berupaya melahirkan murid yang berkualiti mempunyai disiplin yang kuat dan jati diri dalam menghadapi semua situasi dan cabaran yang bersifat globalisasi.

Dengan adanya usaha-usaha yang berterusan sekolah ini kekal dan berjaya dalam semua bidang samada kurikulum dan kokurikulum selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.



Tuesday, January 11, 2011

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM


Sekolah Kebangsaan Kroh adalah sebuah sekolah yang terletak di Pengkalan Hulu, Perak, sebuah pekan kecil yang terletak di utara negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan sekolah gred A dan berada di kawasan pekan . Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kroh terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Siam, Asli dan Kadazan. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan Pengkalan Hulu menyebabkan ianya menjadi pusat pelbagai kegiatan pendidikan misalnya Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah dibina di kawasan sekolah ini.




Oleh kerana kedudukannya yang strategik ini telah membawa kepada pemilihan untuk mengadakan satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu Program Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Pada tanggal 16hb Julai 1998, PKBP telah dibuka dengan rasminya di Sekolah Kebangsaan Kroh dengan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Tuan Haji Norul Bashah bin Yaakob.



Sebelum PKBP dibuka, maklumat murid diperolehi daripada laporan kemajuan murid dan prestasi murid di kelas pemulihan di 7 buah sekolah kebangsaan, 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina dan sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil yang berada di perkampungan dan kawasan pekan Pengkalan Hulu dan Klian Intan. Seramai 8 orang murid telah dikenalpasti sebagai murid berkeperluan khas yang memerlukan program khas ini. Kategori permasalahan murid-murid awal pembukaan ini terdiri dari 3 orang mental retardation, 1 orang sindrom down dan 4 orang slow learner. Sambutan daripada ibu bapa yang mempunyai anak bekeperluan khas amat memberangsangkan menyebabkan pada bulan Ogos 1998 berikutnya, seramai 3 orang murid didaftarkan di PKBP dengan penambahan 1 orang guru. Dengan jumlah murid seramai 8 orang dan 3 orang guru telah melayakkan 2 kelas dibuka yang diberi nama kelas Melati dan Kenanga.



Murid-murid ini diagihkan mengikut tahap keterukkan tanpa mengira umur. Kelas Melati menempatkan murid-murid yang lebih rendah prestasinya berbanding murid-murid di kelas Kenanga. Pengagihan ini adalah bertujuan memudahkan guru merancang dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keupayaan dan keperluan murid-murid pendidikan khas berkenaan. Pada tahun awal kelas PKBP ini dibuka, guru-guru pendidikan menyediakan minuman dan makanan kerana murid-murid tidak dapat mengurus diri mereka dan membeli makanan sendiri di kantin. Oleh itu guru-guru pendidikan telah mengajar mereka mengenai etika makan dan kemahiran berinteraksi. Setelah mereka telah menguasai barulah mereka dibawa makan di kantin sekolah.



Bangunan kelas PKBP telah dinaiktaraf sebanyak 4 kali sepanjang hampir 10 tahun untuk memberi keselesaan kepada murid-muridnya. Di awal pembukaannya pada 1998, bangunan lama peninggalan zaman penjajah ini telah diubahsuai menjadi 2 ruang petisyen kelas, 1 ruang rekreasi, 1 buah bilik penyelaras,1 bilik dapur, sebuah bilik mandi, 2 buah tandas dan gril besi dipasang di seluruh kelas.



Pada tahun 2002, kelas PKBP ini telah dinaiktaraf lagi dengan memasang jubin di tandas dan bilik dapur serta memperbaiki tingkap yang rosak. Pengubahsuai telah dilakukan kali ke 3 dalam tahun 2007 di mana 4 ruang pengajaran dan pembelajaran diadakan dan seluruh lantai kelas telah dipasangkan dengan jubin. Dalam tahun 2008, bumbung bangunan di ganti,

membaiki siling serta ruang legar yang berbumbung di hadapan bangunan telah diadakan. Selain itu juga pendawaian elektrik dibuat dan bangunan juga telah dicat semula.



Sehingga kini jumlah keseluruhan murid-murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Kroh adalah seramai 44 orang termasuk 9 orang telah melanjutkan persekolahan di kelas PKBP Sekolah Menengah Pengkalan Hulu, 21 orang berada di kelas PKBP Sekolah Kebangsaan Kroh, 5 orang berpindah dan meneruskan persekolahan di tempat lain dan selebihnya seramai 9 orang telah berhenti sekolah kerana permintaan keluarga di atas sebab kesihatan seperti sawan yang kerap.

Kelas Pendidikan Khas telah menerima seorang Pembantu Pengurusan Murid N17 pada bulan Jun 2007 dan 2 orang lagi telah diterima pada bulan Mei 2008. Tugas mereka ialah membantu guru di dalam mengurus murid-murid pendidikan khas, penyediaan kelas sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir.

Pada tahun 2010, jumlah murid Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran atau kini dikenali sebagai PPKI, adalah seramai 23 orang,(2011 seramai 24 orang). Dua buah kelas telah dibuka iaitu pada bulan Mac 2010 ialah kelas Seroja dan pada Julai 2010 ialah kelas Cempaka. Guru pendidikan khas juga bertambah iaitu seramai 6 orang. Mulai 16 Februari 2010 juga jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas telah diisi oleh guru penyelaras program.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger