Thursday, January 12, 2012

Nota ADHD Ppki

Sumber: http://www.anakkhas.com/?lang=my&mnu=4&id=4&act=5&content=23

ADHD
Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

♦ Pendahuluan
♦ Tanda & Gejala
♦ Komplikasi
♦ Rawatan
♦ Pemulihan
♦ Kumpulan Sokongan

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) 


Pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
  • Kurang tumpuan 
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

 

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :
  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :
  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :
  • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
  • Tambahan :
    • Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
    • Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
    • Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
    • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
    • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
    • Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

     
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.
 

Komplikasi

  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.
     
 

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

 

Pemulihan


Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.


Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Tuesday, January 10, 2012

KSSR TAHUN 2 PENDIDIKAN KHAS

Kepada guru-guru pendidikan khas, KSSR tahun 2 terkini boleh didapati pada link berikut:
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&dir=ASC&order=name&Itemid=83&limit=20&limitstart=20

terima kasih

Monday, January 09, 2012

SEJARAH DI TAHUN BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tanggal 9hb Januari 2012 bersamaan hari Isnin merupakan hari bersejarah bagi SK Kroh, Pengkalan Hulu, Perak. Ini kerana ia merupakan hari pertama SK Kroh mengadakan perhimpunan rasmi sekolah bagi tahun 2012.

Keistimewaan perhimpunan pada kali ini ialah berkibarnya bendera Malaysia,Jalur Gemilang, bendera Negeri Perak dan bendera sekolah. Ini adalah berikutan pemasangan 3 batang tiang bendera yang baru di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Terima kasih kepada guru-guru dan para pekerja yang sama-sama terlibat dalam usaha pemasangan tiang bendera ini.

Diharapkan, semua murid khususnya dapat menjaga segala kemudahan di sekolah ini agar berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Tanamkanlah sikap hormati bendera kita walau di mana kita berada.

Saturday, January 07, 2012

SISTEM i-FILE BAGI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

SISTEM  i-FILE BAGI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

-          SISTEM  i-FILE akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam negeri Perak tahun 2011.
-          Sistem ini akan menggunakan 4 file untuk satu murid pendidikan khas.
-          Fail 1 adalah fail Kurikulum
-          Fail 2 adalah fail Kokurikulum
-          Fail 3 adalah fail HEM
-          Fail 4 adalah fail catatan harian setiap murid
-          Setiap pelajar dikehendaki membeli 4 fail bagi tujuan :-
1.      Memudahkan sistem fail murid jika dibanding sekarang agak tidak tersusun.
2.      Memudahkan menyimpan dan mendokumentasi  maklumat murid
3.      Mengemaskini maklumat murid secara bersistem  dan seragam untuk seluruh negeri Perak
4.      Menjadikan Program pendidikan Khas Negeri Perak ke arah Pendidikan Khas Perak SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN
5.      Fail Catatan pelajar harian oleh guru merupakan salah satu penilaian yang mudah diperolehi , bersistem, seragam dan mudah diperolehi.
-          Pihak Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) dan Penyelaras hendaklah menjelaskan kepada Pengetua dan Guru Besar akan perlaksanaan i-FILE Pendidikan Khas ini.
-          Peruntukan  membeli i-FILE Pendidikan Khas ini hendaklah diambil dari PCG pendidikan Khas.

AKTIVITI PPKI SEPANJANG TAHUN 2011 - KINI

Banyak program yang telah dilaksanakan oleh PPKI SK Kroh. Antaranya ialah:-

TAHUN 2011
a)   Terapi Hidro di Pulau Pinang
b)   Majlis Tilawah Al Quran
c)   Program inklusif
d)   Perjumpaan dengan ibubapa SK Kroh
e)   Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Melaka
f)    Perkhemahan 4U bersama Aliran Perdana SK Kroh
g)   Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Higlands, Pahang
h)   Merentas desa di Tasik Takong
i)   dan lain-lain lagi

TAHUN 2012
a) Terapi Berkuda di Taiping Equin Park
b) Program Inklusif
c) Perjumpaan bersama ibubapa SK Kroh
d) Lawatan Sambil Belajar ke Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu)
e) Sambutan Hari Lahir murid Pendidikan Khas
f) Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas
g) Minggu Pendidikan Khas
h) dan lain-lain lagi.

TAHUN 2013
a) Perjumpaan bersama ibubapa SK Kroh
b) Program Inklusif
c) Terapi berkuda di Taiping Equin Park kali ke-2
d) dan banyak lagi program bakal menyusul.....


Gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut boleh didapati di Facebook kami iaitu: Ppki Sk Kroh

Semoga pada tahun 2013 ini dan tahun-tahun mendatang lebih banyak lagi aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.

SENARAI NAMA MURID PPKI BAGI 1M1S KELAB BOLING

SENARAI NAMA MURID PENDIDIKAN KHAS
1M1S BOLING
TAHUN 2013

BIL
NAMA MURID
TARIKH LAHIR
UMUR
1.
NUR ALISA BT MOHD ROZALI
10.01.2003
10
2.
NUR SYAFIQAH BT MOHD ZULKIPLEY
05.05.2003
10
3.
MUHAMMAD ALIFF HAIZAT B MOHD JALAL
13.08.2003
10
4.
ABANI A/L LONG
09.08.2003
10
5.
MUHAMMAD AMIR ASSYARAF B MAD DAUD
04.04.2003
10
6.
AHMAD AILAMI B JAMALUDIN
03.10.2003
10
7.
ASWAN B. MAT NOR
16.12.2003
10
8.
AINI DALILAH BT AHMAD RAFIEE
08.04.2003
10
9.
AHMAD AIMAN BIN  AHMAD JAMIL
17.02 2002
11
10.
FATIN SYAHIRAH BT ISHAK
06.02.2002
11
11.
MUHAMMAD HASBULLAH B ISMAIL
29.04.2002
11
12.
NURSALWANI BT HAIRUDIN
31.10.2002
11
13.
YUSUA DANIEL ANAK JAMBA
07.08.2002
11
14.
NURUL HIDAYAH BT ROJALI
17.03.2002
11
15.
AHMAD AKMAL B SOBRI
26.10.2001
12
16.
MUHAMAD FARIS IZZUDIN BIN SAIPUDDIN
02.05.2000
13
17.
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ  BIN ALIAS
11.01.2000
13
18.
WONG PEI YEE
06.07.2000
13
19.
MEISI BT NOBI
14.05.1999
14

SENARAI NAMA MURID PPKI BAGI PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP

SENARAI NAMA MURID PENDIDIKAN KHAS
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
TAHUN 2013



BIL
NAMA MURID
TARIKH LAHIR
UMUR
1.
NUR ALISA BT MOHD ROZALI
10.01.2003
10
2.
NUR SYAFIQAH BT MOHD ZULKIPLEY
05.05.2003
10
3.
MUHAMMAD ALIFF HAIZAT B MOHD JALAL
13.08.2003
10
4.
ABANI A/L LONG
09.08.2003
10
5.
MUHAMMAD AMIR ASSYARAF B MAD DAUD
04.04.2003
10
6.
AHMAD AILAMI B JAMALUDIN
03.10.2003
10
7.
ASWAN B. MAT NOR
16.12.2003
10
8.
AINI DALILAH BT AHMAD RAFIEE
08.04.2003
10
9.
AHMAD AIMAN BIN  AHMAD JAMIL
17.02 2002
11
10.
FATIN SYAHIRAH BT ISHAK
06.02.2002
11
11.
MUHAMMAD HASBULLAH B ISMAIL
29.04.2002
11
12.
NURSALWANI BT HAIRUDIN
31.10.2002
11
13.
YUSUA DANIEL ANAK JAMBA
07.08.2002
11
14.
NURUL HIDAYAH BT ROJALI
17.03.2002
11
15.
AHMAD AKMAL B SOBRI
26.10.2001
12
16.
MUHAMAD FARIS IZZUDIN BIN SAIPUDDIN
02.05.2000
13
17.
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ  BIN ALIAS
11.01.2000
13
18.
WONG PEI YEE
06.07.2000
13
19.
MEISI BT NOBI
14.05.1999
14
20.
WONG KAH YEE
23.08.2004
9
21.
NUR ANIS ATHIRAH BT MOHD TAJUDDIN
08.03.2004
9
22.
NORATIRAH BT AHAMAD YUSOFF
25.09.2004
9

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger