Sunday, May 22, 2011

Falsafah Pendidikan Khas





FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS




Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan







VISI PENDIDIKAN KHAS




Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan






MISI PENDIDIKAN KHAS



Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara

 
 
 
 
 
 
 
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS



Diubah suai berdasarkan:

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) Bahagian II Para 4:

“ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.”

Dibuat 30 Disember 1997
[KP(PPU)S 10075/07/1/Jld.II;PN.(PU2)569]















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger