MATLAMAT
SETIAP GURU DALAM SEKOLAH INI PERLU KOMITED UNTUK MENDIDIK DAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SETIAP PELAJAR SUPAYA KEMAHIRAN, PENGETAHUAN DAN ILMU ITU PENTING BAGI SETIAP INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN MENTAL DAN SENTIASA PRIHATIN DALAM SETIAP AKTIVITI.
OBJEKTIF
Dalam keadaan selamat, bebas dan persekitaran yang membantu semua pelajar, kita akan:
i) Mempertingkatkan keupayaan kea rah kecemerlangan berterusan
ii) Mempertingkatkan keupayaan ke arah positif dan berkesan dalam perhubungan kemanusiaan
iii) Menghasilkan kepakaran dalam penulisan, matematik, sains dan fikiran yang kreatif dan
iv) Mencapai output pembelajaran berlandaskan pendidikan sejagat
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidikan SEKOLAH KEBANGSAAN KROH berikrar dengan penuh tekad akan member keutamaan dan komitmen kami untuk:
• Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah pendidikan Negara
• Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
• Memupuk kesedaran dan tanggungjawab serta semangat kekitaan terhadap agama, diri sendiri, sekolah, keluarga dan komuniti,
• Menyediakan prasarana pembelajaran yang efisyen
• Member layanan dengan kewibawaan
• Merealisasikan pendidikan penyayang
• Menyediakan maklumat cepat, tepat dan lengkap, dan
• Menjaga nama baik Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain