Sunday, May 22, 2011


LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN KROH



PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH



Moto sekolah
Moto sekolah dalam tulisan jawi bertujuan untuk memartabatkan satu khazanah warisan Melayu agar menjadi satu budaya ilmu yang berpanjangan.

Dua bentuk hati
Murid-murid dan warga pendidikan bersatu hati dalam menyemai nilai-nilai murni selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai pandangan yang tinggi dan sahsiah yang memenuhi tuntutan agama.

Warna hitam dan putih
Kedaulatan dan kemakmuran negeri Perak yang perlu dihargai oleh murid-murid.

Warna merah
Keyakinan dan kecekalan murid dan warga pendidik untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan demi meletakkan matlamat SKK Nombor Satu dalam segala bidang.

Warna biru
Murid dapat menerima pendidikan secara menyeluruh dan optimum di samping menjalin perpaduan yang lebih akrab antara berbilang bangsa yang terdapat di sekolah ini.

Warna kuning
Murid bertekad untuk mengekalkan keunggulan dan keunikan sekolah

Buku
Buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan iltizam murid.

Bentuk huruf ‘ Q ‘
Murid dan semua warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan wawasan negara.





LAGU SEKOLAH


SEKOLAHKU YANG TERCINTA
BERSIH INDAH MEMPERSONA
POHON HIJAU DAN BERBUNGA
NYAMAN SEGAR TERASA

 
BERDOA KITA KEPADA TUHAN
POHONKAN RESTU TINGKATKAN IMAN
JADIKAN DIRI PENGGERAK WAWASAN
AMALAN MULIA MESTI DITUNAIKAN

 
DATANGKU BERSAMA HARAPAN
PULANGKU BERSAMA KEJAYAAN
PRESTASI CEMERLANG PUNCAK NAN IMPIAN
SKK NOMBOR SATU KITA BUKTIKAN













Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger