Sunday, May 22, 2011

Sepatah dua kata PKPK



SEPATAH DUA KATA PKPK....


Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran merupakan sebuah program yang dijalankan di sekolah bantuan kerajaan; bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Murid-murid ini adalah kanak-kanak yang mengalami beberapa kategori masalah pembelajaran yang telah menghalang mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran biasa di kelas aliran normal .

Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kroh adalah program ‘tunggal’ di daerah kecil Pengkalan Hulu. Program ini telah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang telah diubahsuai berdasarkan penjadualan waktu kelas yang fleksibel . Ini adalah berdasarkan keperluan–keperluan pelbagai kategori murid mengikut jenis permasalahan mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak pentadbiran, semua staf dan guru-guru aliran normal yang sentiasa memberi sokongan dan memahami tentang perjalanan program ini. Syabas diucapkan kepada guru-guru pendidikan khas dan semua Pembantu Pengurusan Murid yang telah berganding bahu dan berhempas pulas di dalam mendidik murid-murid pendidikan khas di dalam usaha menjadikan mereka anggota masyarakat yang berfungsi dan boleh berdikari .

Maklumat Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran ini menyediakan beberapa maklumat program bagi menjelaskan tentang program ini. Adalah diharapkan program ini akan menjadi satu pelaksanaan yang berjaya mencapai seperti mana terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Khas.

Puan Suzana bte Samsudin
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas integrasi (Bermasalah Pembelajaran)
SK Kroh
















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger