Monday, January 09, 2012

SEJARAH DI TAHUN BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tanggal 9hb Januari 2012 bersamaan hari Isnin merupakan hari bersejarah bagi SK Kroh, Pengkalan Hulu, Perak. Ini kerana ia merupakan hari pertama SK Kroh mengadakan perhimpunan rasmi sekolah bagi tahun 2012.

Keistimewaan perhimpunan pada kali ini ialah berkibarnya bendera Malaysia,Jalur Gemilang, bendera Negeri Perak dan bendera sekolah. Ini adalah berikutan pemasangan 3 batang tiang bendera yang baru di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Terima kasih kepada guru-guru dan para pekerja yang sama-sama terlibat dalam usaha pemasangan tiang bendera ini.

Diharapkan, semua murid khususnya dapat menjaga segala kemudahan di sekolah ini agar berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Tanamkanlah sikap hormati bendera kita walau di mana kita berada.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger